Monday, 17 September 2012

secebis ingatan buat ADAM

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...

Bila Lelaki kehilangan Tulang Rusuk......

WANITA : siapa yg paling kamu cintai di dunia ini..?
LELAKI : kamu...!!
WANITA : menurut kamu, saya ni siapa..?
LELAKI : (berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dgn pasti ) Kamu, tulang rusukku..

Krn ALLAH melihat bhw Adam kesepian. Saat Adam sdg lena tidur, ALLAH mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mcri tulang rusuknya yg hilang dan saat menemukan wanita utknya, tdk lg merasakan sakit dihatinya..

Stlh bkahwin, psgn itu mgalami ms yg indah dan manis utk sementara. Stlh itu, psgn muda ini mulai tgglam dlm kesibukan msg2 dan kelelahan hidup yg ada. Hidup mrk mjd mmbosankan..Kenyataan hidup yg kejam mmbuat mrk mulai mnyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mrk mulai mjd smkn pns.

Pd suatu hari pd akhir sbuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di sbrg jln, dy berteriak " kamu tdk cintakan sy lg..!!"
LELAKI sgt mmbenci ketidakdewasaan WANITA dan scr spontan juga bteriak " sy menyesali perkahwinan ini..! Kamu tnyta bkn tulang rusukku..!!!"

Tiba2 WANITA tdiam, dan berdiri kaku utk beberapa saat.LELAKI mnysali apa yg sdh dilafazkan, ttp spt air yg tlh tumpah tdk mngkn blh dicedok kmbl. Dgn berlinangan air mata, WANITA kmbl ke rumah dan mgambil brg2nya, bertekad utk berpisah.

"Klu sy bkn tulang rusukmu, biarkan sy pergi. Biarkan kita bpisah dan mcr psgn sejati msg2."

5 thn blalu. LELAKI msh blm bkahwin. Ttp brusaha mcr khabar akn khdupan WANITA. WANITA pnh ke luar negara ttp sdh kembali. Dia pnh berkahwin dgn seorg asing dan bercerai..

LELAKI agk kecewa bla mengatahui WANITA tdk menunggu sptnya.Dan di tgh mlm yg snyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Ttp LELAKI tdk sgup mengakui bhw dy merindukan WANITA.

Satu hari,mrk akhirnya btmu kmbl. Di airport, tmpt dimana byk tjd ptemuan dan ppisahan, mrk dipisahkan olh sbuah dinding pmbatas..

LELAKI : Apa khabar..?
WANITA : Baik..kamu sdh mnemui tulang rusukmu yg hilang..?
LELAKI : Belum..
WANITA : Sy akn trbng ke New York dgn pnerbangan brkt. Sy akn kmbli 2 minggu lg. Tlefon sy klu kmu berkesempatan. Kamu tahu no tel sy kan..? Tdk ada yg brubah..
WANITA tsyum manis, blalu di hujung lafaz " slmt tinggal"

1 mgu kmudian, LELAKi mnerima khbr WANITA adlh slh seorg korban menara WTC. Mlm itu, skali lg, LELAKI meneguk kopinya dn kmbl mrasakan sakit dihatinya. Akhrnya dy sdr bhw sakit itu adlh krn WANITA, tlg rusuknya sndr yg tlh dgn bdhnya dy pthkan..

* kita mnempiaskn 99% kmrhn wlu kpd org yg plg kita cintai. Dan akibatnya adlh pnyesalan. Seringkali pnyesalan itu dtg dkmudiannya, akibatnya stlh kita mnyedari kslhn kita, smua sdh tlmbt..*
* krn itu, jglah dan sygilah org yg dicintai dgn spnuh hati.. Sblm mgucapkan sesuatu, bfikirlah dahulu, apkh kata2 yg diucapkan akn myakiti org yg dcintai..? Kira merasakan akn mnyakitinya, sebaiknya jgn pnh dlafazkan.. Krn smkin bsr risiko utk khilangan org yg dicintai..
* jadi bfikirlah, apkh kata2 yg dilafazkn sbndng dgn akibat yg akn diterimanya...

~ sekadar berkongsi..^_^ ~