Monday, 18 July 2011

Cinta Sejati Langit & Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta..
Mereka saling menyukai di antara satu sama lain..
Oleh sebab sgt sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dgn warna langit.. Oleh sebab sgt sukanya langit thdp laut, warna langit sama dgn warna laut..

Stp senja dtg, si laut dgn lembut skali membisikkan kata2 cinta 'AKU CINTA PADAMU' ke telinga langit..
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut thdpnya, langit tdk mnjwb apa2 melainkan hya tersipu malu dgn wajah kmerah merahan..

Suatu hari dtglah awan melihat kecantikan si langit.. Awan terus jatuh cinta thdp langit bak cinta pandang pertama..
Ttpi tentu sj langit hny setia mencintai laut..
Stp hari langit hny mahu mlht laut shj..
Awan berasa sedih tetapi ia tdk berputus asa mencari cara & akhirnya mndpt satu akal..

Awan mengembangkan dirinya seluas & sebesar mungkin serta menyusup ke tengah2 di antara langit & laut..
Ia brusaha menghalangi pandangan langit & laut thdp satu sama lain..

Laut berasa marah krn tdk dpt melihat langit.. Laut mngeluarkn gelombangnya bg mengusir awan yg mengganggu pndgannya..
Tapi tentu skali usahanya tdk berhasil.
Lalu dtglh angin yg sjak dulu mengetahui hbgn cinta langit & laut.
Angin merasakan perlu utk mbantu langit & laut menyingkirkan awan yg mengganggu perhubungan mrk yg skian lama tjalin..

Dgn tiupan yg keras & kuat, angin mniup awan.. Lantas trpecahlah awan mjd berselerak ke byk bhgian, sehingga ia tdk berupaya lagi mlihat langit dgn jelas & tak mampu lg utk mengungkapkan perasaannya thdp langit..

Krn rasa tseksa menanggung perasaan cinta yg menggunung tinggi thdp langit, awan menangis sedih.. T.T

Hingga skrg, kasih antara langit & laut tdk dpt dpisahkan..
Kita juga dpt mlihat dimana mrk menjalin kasih..
Setiap kali memandang ke hujung laut, dimana ada garisan horizon yg menemukan langit & laut... Di situ lah mereka sdg berpacaran melepaskn rasa cinta & rindu yg mndlm thdp satu sama lain..


** cinta sejati sentiasa bersama, teguh dlm menghadapi dugaan & cabaran.. Krn itu cinta sejati, dtglah apa jua badai, cinta itu tetap bersama malah makin menyinta sehingga tdk mahu terpisah...

Secebis Ingatan Buat ADAM....

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...